Thursday, February 26, 2009

mula berjalan


sebagai permulaan, ini merupakan hari pertama aku menulis di sini. mungkin aku bukanlah seorang penulis handalan, tetapi aku masih mempunyai otak untuk berfikir secara rasional. apa sahaja yang ditulis di dalam ruangan ini hanyalah untuk pengetahuan umum, dan berkemungkinan mempunyai beberapa kesalahan. niat aku hanyalah untuk berkongsi pengetahuan dan juga berkongsi pengalaman tentang apa yang aku lalui walaupun aku akui sendiri tidaklah sehebat mana. dan apa yang ditulis adalah berdasarkan pengetahuan aku sendiri, dan juga apa yang aku pelajari daripada orang di sekeliling aku, tidak kisah samada dia adalah seorang pemuzik jalanan, penggilap kasut,
puckrocker, pensyarah, jurutera, dan sebagainya. apa yang penting, semua manusia mempunyai keistimewaan masing-masing.




ini sahaja untuk posting untuk yang pertama kalinya. perlu diingatkan bahawa pasti akan ada kesilapan dan kesalahan yang mungkin tidak akan disenangi oleh beberapa pihak. tetapi, hidup adalah suatu proses pembelajaran, bukan?